suria

Salah dituduh jadi punca prestasi buruk Liverpool

Mohamed Salah didakwa menjadi punca utama prestasi buruk Liverpool.

BEKAS pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson berpendapat bahawa permulaan buruk Reds pada musim ini adalah berpunca daripada penyerang sensasi mereka, Mohamed Salah.

Liverpool berdepan mimpi ngeri dalam tempoh beberapa bulan pertama kempen musim baharu selepas hanya menang empat daripada 11 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Yang terbaru, kelab itu mengalami kekalahan memalukan apabila tewas 0-1 kepada kelab tercorot Nottingham Forest.

Prestasi hambar itu menyebabkan mereka menduduki tangga kelapan dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Ramai yang mencari punca kemerosotan Reds tetapi bekas pertahanan kanan, Johnson percaya Salah antara puncanya.

"Semua orang beraksi di bawah prestasi sebenar. Salah dan yang lain adalah pemain fantastik dan mereka akan mencari jalan untuk kembali menang perlawanan.

"Ramai daripada mereka tidak menjadi pada masa yang sama. Apabila dua atau tiga pemain utama tidak menyerlah, pemain lain turut bermasalah, begitu juga sebaliknya," ujarnya.

Selain itu, Johnson turut mempunyai teori kemerosotan Liverpool dan diantaranya ialah penjualan Sadio Mane kepada kelab gergsai Jerman, Bayern Munich. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain