suria

Jersi Barcelona tertera nama Shakira? Ramai tak sabar tengok reaksi Pique

Pique dan Shakira berpisah pada Julai selepas 12 tahun perkahwinan

PEMINAT Barcelona berjanji untuk menstrim muzik Shakira 'setiap hari' di Spotify selepas nama penyanyi Latin itu dicetak pada jersi ‘mock-up’ pasukan berkenaan.

Barcelona, ​​yang ditaja oleh Spotify, bekerjasama dengan artis muzik untuk rekaan jersi, antaranya kolaborasi dengan penyanyi rap Drake.

Kini, selepas peminat ‘memperolok’ nama Shakira sebagai kolaborasi artis seterusnya untuk Barcelona, ​​laporan di Sepanyol mendakwa ia berpotensi menjadi realiti, menjadikan perkara itu amat janggal untuk Gerard Pique, iaitu bekas kekasih Shakira.

Untuk rekod, Pique dan Shakira berpisah pada Julai selepas 12 tahun menjalin hubungan.

Pemain pertahanan Barcelona itu kini berpacaran dengan Clara Chia Marti yang berusia 23 tahun tetapi peminat nampaknya terdesak untuk melihat dia memakai baju yang tertera nama bekas teman wanitanya itu.

Walaupun ‘jenaka’ jersi itu dihasilkan oleh akaun parodi, namun beberapa laporan mendakwa ia tidak mustahil boleh berlaku.

Shakira, yang akan mengeluarkan lagu terbarunya 'Monotonia', merupakan penyanyi Latin paling popular di Spotify dan baru-baru ini meraikan jumlah satu billion di platform itu untuk lagu berjudul 'Hips Don't Lie'. - DAILY MAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain