suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Unai Emery pengurus baharu Aston Villa

Aston Villa melantik Unai Emery sebagai pengurus baharu. foto avfc.co.uk

UNAI Emery akan mengambil alih jawatan pengurus Aston Villa bulan depan sementara menunggu keputusan permohonan permit kerjanya.

Aston Villa bergerak pantas pada Isnin untuk membayar Villarreal klausa £5.3 juta (RM28.37 juta) untuk melepaskan Emery daripada kontraknya.

Dipercayai beliau telah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun untuk menggantikan Steven Gerrard.

Emery bersedia untuk kembali ke Liga Perdana tiga tahun selepas dia dipecat oleh Arsenal, di mana dia mengendalikan lebih sedikit daripada semusim.

"Aston Villa berbesar hati mengumumkan pelantikan Unai Emery sebagai Ketua Jurulatih baharu kelab itu," kata Villa dalam satu kenyataan.

"Unai menyertai dari Villarreal, yang dipimpinnya hingga kejayaan Liga Europa dengan menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir 2021 serta separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

"Seorang jurulatih berpengalaman tinggi yang menguruskan lebih 900 perlawanan, juga pernah berjaya dalam Liga Perdana ketika bersama Arsenal, membawa The Gunners ke final Liga Europa.

"Unai akan mengambil alih (jawatan) mulai 1 November selepas urusan permit kerjanya selesai," tambah kenyataan itu.

- Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain