suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Arsenal Pablo Mari ditikam dalam serangan di pusat beli-belah

Pablo Mari parah ditikam. foto Twitter/ @TuttoMercatoWeb

PABLO Mari dikejarkan ke hospital selepas ditikam di sebuah pusat beli-belah di Milan, Itali.

Pemain pertahanan Arsenal itu, yang dipinjamkan ke Monza pada musim ini di Itali, merupakan salah seorang daripada enam individu yang telah diserang oleh seorang lelaki.

Penyerang berkenaan kini ditahan polis.

Dalam kejadian serangan itu, seorang daripada mangsa maut, dengan dua lagi dikatakan dalam keadaan kritikal.

Mari dikatakan sedar, tetapi mengalami kecederaan akibat ditikam.

Serangan berlaku pada petang Khamis di pusat beli-belah di Assago di Milan.

Pasukan penyiasat menolak motif keganasan yang mungkin pada masa ini.

Sementara itu, pihak berkuasa masih menyiasat kejadian yang menyebabkan beberapa mangsa dimasukkan ke hospital. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain