suria

Ronaldo belanja 18 juta Euro beli rumah termahal di Portugal

Ronaldo yang sekarang bersama Manchester United mungkin akan pindah ke Portugal.

RONALDO dikatakan telah mengeluarkan wang berjumlah 18 juta Euro untuk membeli sebuah vila yang megah dan mengubahsuainya.

Perkara tersebut menjadikan rumah agam tersebut yang terletak di rantau Cascais harta benda termahal di seluruh Portugal.

Rumah agam tersebut dikatakan akan siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2023.

Vila itu mempunyai keluasan berukuran 2,720 meter persegi merentasi tiga tingkat.

Selain itu, terdapat juga kawasan halaman dengan keluasan 544 meter persegi yang mempunyai pelbagai taman dan kolam renang yang besar.

Rumah agam itu terletak berdekatan bandar Estoril dan Sintra dan berjarak 40 minit masa memandu dari ibu negara Lisbon.

Keputusan Ronaldo untuk membeli aset yang sedemikian memberi petunjuk yang dia mungkin hendak kembali ke Portugal dalam masa terdekat ini.

Seterusnya pengurus Sporting Lisbon, Rúben Amorim menyatakan pada minggu ini bahawa dia berminat untuk melihat Ronaldo berada dalam skuadnya.

Sporting Lisbon adalah tempat segalanya bermula untuk Ronaldo, bagai sirih pulang ke gagang. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ronaldo, bola sepak, Portugal,

Artikel Lain