suria

Seminggu selepas kontrak Teong Kim tamat di AMD, KJ akhirnya bersuara

Khairy bersama Teong Kim sebelum jurulatih itu pulang ke Munich. Foto: Faceboook KJ

KONTRAK Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim berakhir pada 31 Oktober lalu selepas lima tahun berada dalam Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia (NFDP).

Bekas jurulatih Akademi Remaja Bayern Munich itu pulang ke tanahair pada 2013 untuk berkongsi pengetahuannya di AMD selepas 12 tahun merantau.

Khairy antara individu yang bertanggungjawab memujuk bekas pemain kebangsaan itu menguruskan program NFDP yang kini menyaksikan ramai pemain muda menunjukkan potensi positif dan turut dipanggil mewakili skuad muda negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa “orang-orang buta” yang Teong Kim maksudkan? Anak Melaka ini kembali ke Munich, bangga pemain AMD ada ‘human value’

ARTIKEL BERKAITAN: Teong Kim dedah ‘hal dalam kain’ bola sepak negara - “Mereka tak sukakan saya, ego punca semua perkara baik nak diubah”

ARTIKEL BERKAITAN: "If your pay peanut, you get monkeys”, Teong Kim mahu pulang ke Munich selepas kontrak berakhir

Menurut Khairy dalam satu posting Facebooknya pada Khamis, beliau mengakui Teong Kim adalah seorang 'hard taskmaster'.

"Dia desak pemain-pemain buat sehabis baik. Dia mahu yang terbaik daripada semua jurulatihnya. Dia ada pengkritik sendiri.

Kontrak Teong Kim bersama AMD berakhir 31 Oktober lalu.

"Dan kami banyak kali tidak bersetuju antara satu sama lain. Tetapi saya biarkan dia melakukan tugasnya.

"Kita mungkin tidak layak ke aksi Piala Dunia Bawah 17 Tahun tetapi apa yang diusahakannya akan menampakkan hasil satu hari nanti.

"Asalkan sistem yang dia bantu bina tidak dimusnah oleh 'sesetengah pihak'," tulis Khairy.

Posting KJ mengenai Teong Kim.

Tambah Khairy: "Saya beritahu anda bahawa program pembangunan ini bersifat jangka panjang.

"Saya cuma sedih kerana tidak dapat melihatnya."

Sementara itu, Teong Kim yang ditemui mStar sebelum berangkat pulang ke Munich Jumaat lalu memberitahu dia gembira melihat progres terbaharu pemain-pemainnya yang dipilih berada dalam skuad Bawah 18 tahun negara.

“Seramai 12 pemain AMD yang terpilih ke Kelayakan Piala AFC Bawah 19 tahun kini berada di Phnom Phen, Kemboja.

“Di situ boleh lihat keberkesanan program ini walaupun sebelum ini dikritik oleh sesetengah jurulatih, pemain, bekas pemain dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beberapa orang pemain muda AMD berjaya diserap ke dalam skuad remaja negara. 

“Bagi saya, mereka ini 'orang-orang buta’. Kalau program ini tidak berjaya mengapa panggil mereka? Sepatutnya panggillah semua pemain muda di setiap negeri.

“Hampir lima tahun bersama pemain-pemain ini, saya boleh lihat peningkatan mereka terutama yang berada dalam skuad B-18 sekarang ini,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Teong Kim,  dia memuji sikap semua pemain dan jurulatih di AMD yang tahu menghargai perkongsiannya.

"Saya puji kerana tahu menghargai. Ini bermakna sumbangan saya dalam AMD bukan sahaja melahirkan pemain-pemain berkaliber tetapi paling penting sekali adalah sikap.

“Mereka telah menunjukkan human value yang tinggi yang memang diserapkan di AMD.

“Begitu juga dengan jurulatih-jurulatih di AMD, di akademi negeri yang saya sangat bangga kerana tahu menghargai segala perkongsian yang diberi sepanjang saya berada di sini.

“Sesetengah pihak tidak tahu menghargai dan hanya tahu complaint sahaja. Kalau pemain itu tak bagus , mereka akan mengkritik dan finger point kepada saya kerana saya melatih mereka di AMD," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain