suria

Bayern Munich sedia tawar Wenger kontrak hingga akhir musim

BAYERN Munich sedia untuk menawarkan kontrak kepada Arsene Wenger sehingga akhir musim ini menjadi pengurus seterusnya.

Bekas pengurus Arsenal berumur 70 tahun itu akan mengadakan perbincangan bersama ketua eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge pada minggu ini.

Ia susulan menjadi pilihan untuk menggantikan Niko Kovac yang dipecat pada Ahad berikutan kekalahan 5-1 dengan Eintracht Frankfurt.

Bayern mengenal pasti Wenger sebagai calon ideal mereka selepas Erik ten Hag dari Ajax berkata, dia tidak mahu berundur daripada jawatannya pada musim ini, manakala Thomas Tuchel pula mahu kekal di Paris Saint-Germain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Bayern Munich dipecat, Wenger dalam empat senarai pendek pengganti

Seorang lagi pencabar, ketua sukan dan pembangunan di Red Bull, Ralf Rangnick, juga tidak lagi dalam saingan.

Rangnick telah digesa untuk ke Manchester United sebagai pengganti yang berpotensi buat Ole Gunnar Solskjaer tetapi pasukan Old Trafford berhasrat untuk mengekalkan kedudukan pengurus itu buat masa ini.

Wenger, meninggalkan Arsenal pada 2018 selepas berkhidmat selama 22 tahun, fasih berbahasa Jerman dan mempunyai pengalaman luas mengendalikan pemain handalan termasuk bekas pemain sayap Arsenal yang berbakat di Bayern, Serge Gnabry.

Bayern pada mulanya mahu dia mengambil alih jawatan itu sehingga akhir musim apabila mereka akan mempertimbangkan sama ada untuk mencuba lagi bagi mendapatkan Ten Hag atau Tuchel.

Wenger menolak pelbagai tawaran tawaran sejak meninggalkan Arsenal termasuk peranan dengan Fifa sebagai pengarah teknikal. - Mail Online

Arsene Wenger, Arsenal, Bayern Munich

Artikel Lain