suria

Kad merah batal, Son tak bersalah terjah pemain Everton

Son kelihatan terkejut dengan keputusan pengadil melayangkan kad merah kepadanya.

PEMAIN Spurs, Son Heung-min dilayangkan kad merah kerana menerjah kaki pemain Everton Andre Gomes pada ketika aksi Liga Perdana minggu lalu.

Bintang Tottenham itu dilihat menangis ketika berjalan keluar padang kerana terkejut dengan keputusan pengadil.

Bagaimana pun selepas menilai kembali rakaman insiden tersebut, FA England memutuskan bahawa pemain antarabangsa Korea Selatan berusia 27 tahun itu tidak bersalah.

Son dirakam berada di belakang Gomes dan tidak menyentuh kaki pemain lawan itu.

Susulan itu, penggantungan tiga perlawanan ke atasnya ditarik balik.

Rakaman menunjukkan bahawa tidak ada sentuhan Son ke atas pihak lawan.

Son melakukan cabaran dari bahagian belakang dan tidak mendapat mendapat bola sebelum Gomes berlanggar dengan Serge Aurier.  -Dailymail.co.uk

Son Heung-min, Spurs, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Lain