Fakhrul Zaman dedah terima tawaran dari pasukan Liga Super - Sukan | mStar

Fakhrul Zaman dedah terima tawaran dari pasukan Liga Super

Fakhrul mengakui menerima beberapa tawaran daripada kelab lain bagi saingan musim depan.

PEMAIN Kelantan United Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi menjadi perhatian untuk kelab-kelab Liga Malaysia selepas selepas mempamerkan prestasi cemerlang di pentas Liga M3, musim ini dengan ledakan 27 gol dalam 25 perlawanan.

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun masih mempertimbangkan pilihan yang ada selain mengakui hatinya masih berat meninggalkan Kelantan United yang telah menjadi platform buat dia melonjakkan kembali kariernya di peta bola sepak tempatan.

Namun, anak jati Kota Bharu ini mengakui mahu merebut peluang beraksi di pentas tertinggi sebagai keutamaan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Setakat ini, saya jujur akui memang ada (tawaran) beberapa pasukan, daripada Liga Super ada, Liga Premier pun ada, buat masa ini saya belum boleh kata apa-apa lagi.

“Kalau ikutkan hati, saya memang sayang pasukan ini sebab dah main lama dengan kawan-kawan semua sejak dari Kelantan lagi tetapi jika ia baik untuk karier saya, saya akan buat keputusan (berhijrah pasukan baharu).

Fakhrul belum memutuskan masa depan kariernya musim depan.

“Dalam pada itu, saya mahu tengok juga macam mana persiapan pasukan (Kelantan United) musim depan sebelum membuat sebarang keputusan,“ katanya yang ditemui baru-baru ini.

Fakhrul pernah menyarung jersi Kelantan pada 2016 hingga 2018 selain pernah dipinjamkan ke Mifa pada pertengahan musim 2017 tetapi prestasinya agak tenggelam selain kurang diberi peluang untuk bermain.

Namun, kehadiran Kelantan United di pentas Liga M3 dilihat menjadi penyelamat kerjaya Fakhrul apabila namanya mula meniti di bibir peminat Kelantan melalui gandingan hebatnya bersama penyerang import dari Gambia, Gassama Alfusainey.

Justeru itu, dia berasa terharu serta terhutang budi kepada jurulatih, Zahasmi Ismail serta pengurusan Kelantan United yang bertanggungjawab memberi nafas baharu dalam kariernya.

“Alhamdulillah saya dapat balik prestasi saya, dalam masa dua tiga tahun sebelum ini agak tenggelam, jadi mungkin tahun ni rezeki saya dapat jadi penyerang terbaik dan dapat ikut semula rentak permainan.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada jurulatih Zahasmi sebab beri kepercayaan kepada saya bermain dari awal musim hingga akhir, dan saya dapat balas balik apa yang dia mahukan.

“Kehadiran Gassama juga banyak membantu saya untuk meneruskan usaha sehingga berjaya menjaringkan sebanyak 27 gol ketika ini selain memberikan kejuaraan sulung Liga M3,” katanya.

Sebelum ini pemain Liga M3, Nabil Ahmad Latpi dari Ultimate FC turut menarik perhatian pasukan Liga Super, Terengganu FC apabila bekas jurulatih, Irfan Bakti menandatangani khidmat bekas PDRM itu pada pertengahan musim.

Fakhrul Zaman , Kelantan United FC

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain