suria

Anak legenda dunia bimbang kesihatan Maradona “Dia akan terbunuh dari dalam tanpa sedar”

Giannina bersama Maradona pada tahun 2014.

ANAK bekas bintang bola sepak dunia Diego Maradona meluahkan kebimbangan mengenai kesihatan bapanya.

Giannina Maradona,30, memuat naik status di sosial media dengan menulis: "Dia tidak mati kerana badannya memutuskan begitu, tetapi dia akan terbunuh dari dalam tanpa sedari.

"Saya tidak percaya dengan normal parameter, tetapi ia adalah jauh daripada realiti seperti yang dia layak terima. Doakan untuknya! Terima kasih!'

Media tempatkan melaporkan bahawa status anaknya tidak jelas namun percaya ia merujuk kepada bapanya yang dilapor mengalami masalah kesihatan termasuk menjalani pembedahan lutut Julai lalu.

Maradona dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Pengurus Gimanisia La Plata berusia 58 tahun itu turut dilaporkan mempunyai sejarah berkaitan dengan minuman keras dan dadah sebelum ini.

"Adakah anda ingat ada sebuah zoo yang membenarkan anda mengambil gambar bersama singa besar?

"Anda boleh masuk ke dalam dan 'memeluknya'... mereka beri pil kepadanya. Jika tidak ia mungkin boleh bertukar menjadi berbahaya.

"Apa yang persamaan dengan realiti sebenar adalah kebetulan," kata Giannina.

Giannina merupakan bekas isteri kepada bintang Manchester City, Sergio Aguero. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain