suria

Atlet Sukan Olimpik dipenjara lapan tahun selepas ‘kantoi’ bawa dadah berjumlah RM11 juta

Ghafoor ditahan pihak berkuasa selepas menemui dadah bernilai RM11 di dalam but keretanya.

MADIEA Ghafoor dipenjara lapan tahun setengah selepas didapati bersalah membawa dadah bernilai 2 juta paun ketika pemeriksaan rutin di sempadan.

Pegawai pemeriksaan menemui 50 kilogram pil ekstasi, 2kg methamphetamine (syabu) serta wang tunai bernilai 11,950 euro dalam but keretanya.

Atlet Belanda berusia 27 tahun itu didapati bersalah dengan tuduhan menyeludup dan cubaan melakukan perniagaan haram dijatuhi hukuman penjara lapan tahun pada Isnin.

Mahkamah Daerah Kleve mendengar kenyataan atlet itu yang menyatakan dia tidak tahu barang yang dibawa itu adalah pil ekstasi dan meth.

Dia juga enggan memberitahu siapa yang menyerahkan dadah-dadah itu kerana risau keselamatan kawan-kawan dan keluarga selepas ditahan di sempadan Elten di Jerman Jun lalu.

Atlet dalam acara 4x400 meter yang beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 mengaku tidak bersalah dan dijangka akan membuat rayuan.

Kesatuan Olahraga Belanda berkata: "Kami terkejut dengan perbicaraan terhadap Ghafoor dan segera melaporkan kepada Bahagian Doping.

"Kes dipindahkan ke Bahagian Doping untuk siasatan lanjut.

"Kami kecewa dengan situasi ini dan bimbang dengan Madiea Ghafoor dan keluarganya." - metro.co.uk

Madiea Ghafoor, Sukan Olimpik, dadah

Artikel Lain