suria

Casillas beri bayangan mahu kembali ke padang selepas diserang sakit jantung

PENJAGA gol Porto, Iker Casillas memberi bayangan akan kembali ke pada selepas berehat sejak 1 Mei lalu kerana diserang sakit jantung.

"Enam bulan dan tiga hari sejak anda tidak berkhidmat," tulisnya di laman Twitter bersama gambar sepasang but.

Sebelum diserang insiden menakutkan itu, Casillas sedang berlatih di Pusat Latihan PortoGaia bagi persiapan mengharungi liga awal Mei lalu.

Casillas memuatnaik gambar but di laman Twitternya.

Ketika dia pengsan, suhu di situ dicatat 20 darjah celcius sekaligus menyebabkan sesi latihan tersebut ditunda.

Bekas pemain Real Madrid itu dikejarkan ke hospital dan dibenarkan keluar lima hari kemudian seterusnya melakukan proses pemulihan.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain