suria

Zidane sedar impian Mbappe untuk ke Real Madrid

Mbappe dilaporkan memasang impian untuk bermain bersama Real Madrid.

PENGURUS Real Madrid Zinedine Zidane mengakui dia tahu  keinginan Kylian Mbappe.

Musim lalu, penyerang prolifik Perancis berusia 20 tahun itu memberitahu dia bersedia membuka 'projek baharu' luar daripada kelabnya sekarang, Paris Saint-Germain (PSG).

Mbappe meneruskan aksi cemerlangnya dengan meledak sembilan gol musim ini untuk PSG walaupun mengalami kecederaan paha.

Bagaimana pun Zidane memberitahu dia hanya berserah kepada pemain itu sendiri.

"Saya tidak tahu. Itu adalah keputusan pemain.

"Tetapi untuk setakat ini, dia beraksi untuk Paris Saint-Germain. Kita akan lihat masa depannya nanti sekiranya ada perubahan.

"Saya sedar dia sentiasa beritahu impiannya untuk bermain dengan Real Madrid." -Dailymail.co.uk

Zinedine Zidane, Kylian Mbappe

Artikel Lain