suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai polis didakwa bunuh Dalian Atkinson

Seorang pegawai polis didakwa melakukan atas tuduhan menyebabkan kematian bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Dalian Atkinson pada Ogos 2016. Foto: Reuters

SEORANG pegawai polis didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Dalian Atkinson, demikian satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan pendakwaan Crown Prosecution Service (CPS).

Satu tuduhan alternatif terhadap perbuatan pembunuhan yang menyalahi undang-undang juga dikemukakan.

Dalian Atkinson, 48, dilapor meninggal dunia selepas 90 minit ditembak menggunakan pistol elektrik bervoltan tinggi di Telford, Shropshire pada Ogos 2016.

Kejadian tersebut berlaku di luar rumah ayahnya di rumahnya.

Sementara itu seorang lagi pegawai polis dikenakan pertuduhan menyebabkan kerosakan pada tubuh badan mangsa.

“Keputusan ini dibuat berikutan kajian yang teliti terhadap semua bukti yang dikemukakan kepada kami oleh Pejabat Bebas untuk Perilaku Polis yang melakukan penyiasatan,” kata Jenny Hopkins dari CPS.

Atkinson memulakan kerjaya di Ipswich Town dan kelabnya termasuk Sheffield Wednesday, Aston Villa dan Real Sociedad, Sepanyol serta pasukan Fenerbahce Turki. - Reuters

Dalian Atkinson, polis

Artikel Lain