suria

Rodrygo diberi jolokan Neymar versi baharu

RODRYGO pantas menerima pujian ramai dan diberi jolokan sebagai Neymar versi baharu.

PEMINAT sukan bola sepak sekali lagi menyaksikan kemaraan bintang baharu dalam Liga Juara-Juara.

Pada petang Rabu, aksi Rodrygo sewaktu pertemuan keempat Real Madrid dan Galatasaray di Santiago Bernabéu cukup mencuri perhatian ramai.

Dia menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara yang menjaringkan hatrik sempurna dalam perlawanan.

Susulan itu, dia pantas menerima pujian ramai dan diberi jolokan sebagai Neymar versi baharu.

Lebih manis, Neymar sendiri turut memberi respon mengenai kejayaan pemain muda dari Brazil itu.

"Budak yang bagus. Teruskan dan lebih banyak akan menjelma.

"Tahniah untuk hari ini, moga ia menjadi yang pertama untuk yang seterusnya," tulis Neymar di media sosialnya menerusi satu komen balas. - En.As.Com.

Rodrygo, Neymar

Artikel Lain