suria

Wenger dakwa masih boleh jadi pengurus baharu Bayern Munich

Gambar fail Arsene Wenger. Foto Reuters

ARSENE Wenger mendedahkan bahawa dia masih boleh menjadi pengurus Bayern Munich yang seterunya, meskipun kelab Jerman itu dilaporkan tidak menjadi perhatiannya.

Bekas pengurus Arsenal itu dikaitkan dengan kekosongan jawatan selepas pemecatan Niko Kovac, hujung minggu lalu.

Bagaimanapun Wenger menegaskan bahawa rundingan sedang berlangsung bersama juara Bundesliga itu.

ARTIKEL BERKAITAN:  Bayern Munich sedia tawar Wenger kontrak hingga akhir musim

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Bayern Munich dipecat, Wenger dalam empat senarai pendek pengganti

Dia memerlukan lebih masa bagi memikirkan tawaran tersebut untuk kembali ke pengurusan kelab buat pertama kali sejak meninggalkan Arsenal pada Mei 2018.

"Pertamanya, saya tidak mempunyai ejen, saya seorang yang terlibat dalam hal ini.

"Tiada siapa yang boleh bercakap bagi pihak saya, katanya kepada IN SPORTS.

"Ditanya adakah saya berminat kerana mereka sedang mencari jurulatih. Saya beritahu saya tidak terfikir mengenainya, saya perlukan masa untuk memikiranya.

"Kita akan putuskan bersama, kita akan berhubung pada minggu depan kerana saya di Doha, Qatar sehingga Ahad malam," katanya. - Mail Online


Arsene Wenger, Bayern Munich, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain