suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spekulasi perpindahan Mbappe ke Liverpool, ini reaksi Klopp!

Kylian Mbappe.

JURGEN Klopp menerima hakikat bahawa Liverpool tidak akan berjaya mendapatkan khidmat Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain (PSG).

Bintang berusia 20 tahun itu menyertai PSG dengan bidaan sekitar 180 juta euro pada 2017 dan diangkat sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini.

Mbappe turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas dan Zinedine Zidane mengakui amat mengagumi bakat bintang Perancis itu.

Awal minggu ini, timbul pula khabar angin mengaitkan Mbappe dengan Liverpool.

Namun Klopp menegaskan Liverpool berpeluang tipis untuk mendapatkan Mbappe.

"Membeli pemain sensasi sepertinya bukan mudah. Saya tidak lihat sebarang kelab yang boleh membeli Mbappe dari PSG.

"Tiada mana-mana kelab dan kami antara kelab yang tidak boleh membelinya.

"Tiada peluang. Sudah tentu tiada peluang. Maaf kerana mematikan spekulasi itu," katanya. - Metro.co.uk

Artikel Lain