Teong Kim dedah ‘hal dalam kain’ bola sepak negara - “Mereka tak sukakan saya, ego punca semua perkara baik nak diubah” - Sukan | mStar

Teong Kim dedah ‘hal dalam kain’ bola sepak negara - “Mereka tak sukakan saya, ego punca semua perkara baik nak diubah”

Teong Kim tetap tidak setuju dengan sesetengah pihak yang terlalu menekankan kemenangan daripada pemain program pembangunan.

LIM Teong Kim kembali ke Munich selepas tugasnya sebagai Pegarah Teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang berakhir pada Khamis lalu.

Dikenali sebagai seorang yang lantang dalam memberi kritikan dan pandangan terhadap pembangunan bola sepak negara, Teong Kim mengakui ramai individu yang tidak menyukai sikapnya.

Bagaimanapun bekas pengendali Akademi Remaja Bayern Munich berusia 56 tahun ini tidak mempedulikan perkara itu kerana misinya hanya untuk melahirkan ramai pemain muda yang berkaliber.

ARTIKEL BERKENAAN: Teong Kim kekal di AMD hingga Oktober 2019 - Syed Saddiq

ARTIKEL BERKENAAN: "If your pay peanut, you get monkeys”, Teong Kim mahu pulang ke Munich selepas kontrak berakhir

ARTIKEL BERKENAAN: Siapa “orang-orang buta” yang Teong Kim maksudkan? Anak Melaka ini kembali ke Munich, bangga pemain AMD ada ‘human value’

Jelas Teong Kim, NFDP sehingga kini sudah membuktikan program ini berada di landasan tepat dengan melahirkan ramai pemain berjaya dan terpilih menyertai skuad negara.

Teong Kim (kanan) bersama Pengurus Besar AMD Muhammad Yusof Ibrahim sebelum menaiki pesawat ke Munich.

“Bukan seorang, tetapi terbaharu 12 pemain. Jadi sebenarnya ia bukan lagi program yang gagal seperti yang disebut sebelum ini, sebaliknya ada isu lain iaitu tidak sukakan saya.

“Tetapi saya tidak kisah kerana program ini sudah terbukti hasilnya apabila ramai pemain-pemain AMD dipanggil dalam Skuad Bawah 18 Tahun (B-18), sudah tentu kalau sebelum ini kita layak ke Piala Dunia Bawah 17 ia sangat bagus.

“Tetapi perlu ingat bahawa misi dan visi program ini adalah untuk melahirkan ramai pemain yang berjaya menempatkan diri dalam skuad  kebangsaan dan antarabangsa, dan kalau program ini gagal, kenapa ramai pemain AMD berada dalam senarai mereka?

Mereka ingat kalau tanam durian, esok terus berbuah ke? Mereka tidak memahami tentang mengajar jurulatih dengan cara betul di peringkat remaja.

LIM TEONG KIM

Bekas Pengarah Teknikal AMD

“Mereka yang selalu mengkritik program ini adalah mereka yang buta tentang pembangunan bola sepak.

“Mereka ingat kalau tanam durian, esok boleh terus berbuah ke? Mereka tidak memahami tentang mengajar jurulatih dengan cara yang betul di peringkat remaja,” ujarnya kepada mStar sebelum berlepas ke Munich pada Jumaat.

Bekas pemain kebangsaan ini memberitahu, bola sepak Malaysia tidak akan pergi lebih jauh daripada sekarang kalau mentaliti tidak diubah.

“Sikap nak menang cepat (pasukan remaja) tidak akan membawa Malaysia pergi lebih jauh, peringkat Asean, Asia atau dunia.

“DNA sudah ada dan ikut sahaja program ini. Tak perlu nak adakan DNA program pembangunan lain seperti F:30.

Teong Kim mengakui pemain-pemain AMD banyak menunjukkan peningkatan sepanjang lima tahun mengendalikan program pembangunan. Foto: AMD

“Apa yang saya lihat setakat ia tidak banyak perbezaan dengan program yang telah sedia ada. Hanya kerana ego semua perkara yang beri hasil baik nak diubah,” jelasnya.

Sebagai rekod, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik bekas pemain kelab Hertha Berlin 1987 di Bundesliga Jerman itu sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada tahun 2013 dengan diberi kontrak selama lima tahun oleh Majlis Sukan Negara (MSN), selaku urus setia program berkenaan.



Lim Teong Kim , AMD , NFDP , Munich , Jerman

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain