suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buru kontrak lumayan yang terakhir, dua kelab dalam pemerhatian Ronaldo

Kontrak Ronaldo bersama Juventus dijangka tamat pada tahun 2022. FOTO: Alessandro Di Marco/ANSA via AP.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo baru sahaja menyertai Juventus pada tahun lalu.

Terbaharu, dia dikatakan sedang mencari kelab baharu untuk disertai selepas kontrak bersama Juventus tamat pada tahun 2022.

Menurut laporan Don Balon, terdapat dua kelab yang mungkin berada dalam pertimbangan pemain Portugal itu.

Dua kelab itu merupakan Manchester United dan Paris Saint-German (PSG).

Namun, Ronaldo dikatakan tidak akan menyertai United dalam masa terdekat memandangkan kelab itu masih lagi mencari rentak untuk kembali seperti suatu ketika dahulu.

Pilihan kedua tentunya PSG yang mana Ronaldo boleh menambah beberapa lagi trofi kejuaraan dalam koleksinya jika benar dia menyertai pasukan itu. - FoxSport Asia.

Cristiano Ronaldo, PSG, Juventus

Artikel Lain