Aiman 'Jungle Cat' mahu guna taktik rahsia tewaskan Sunoto di Manila

Aiman mahu memberikan persembahan terbaik pada aksi menentang Sunoto pada Jumaat.

ATLET ‘Jungle Cat’ Muhammad Aiman sedar saingan sengit bakal dihadapi pada ONE: Dawn of Heroes yang berlangsung di Filipina pada Jumaat ini.

Namun Aiman sudah bersedia berdepan dengan lawannya, ‘The Terminator’ Sunoto dan mempamerkan aksi terbaik di Arena Mall of Asia, Manila.

Atlet yang berpengkalan di Bali, Indonesia itu, berkata perlawanan kali ini bukan bertujuan menunjukan kehebatan diri, sebaliknya dia akan gunakan taktik bersabar dalam menewaskan lawannya.

“Saya tidak mahu terburu-buru mendapatkan ‘knock out’ atau melakukan aksi bergaya.

“Kali ini saya mahu berdepan Sunoto dengan penuh kesabaran.

“Saya semakin bagus dalam hal ini (bersabar) dan akan menunggu sehingga kemenangan itu datang kepada saya,” ujar atlet berusia 24 tahun ini.

Apa yang pasti prestasi Aiman pada perlawanan sebelum ini di pentas ONE Championship turut menampilkan beberapa perkara mengenai kemahiran seni mempertahanan dirinya.

Pertama, petarung yang terkenal dengan gelaran Jungle Cat ini  memberikan pukulan yang padu dan mempunyai kemahiran mematahkan benteng pertahanan lawan menerusi pelbagai teknik serangan.

Aksi Aiman (kiri) ketika bertemu lawannya sebelum ini.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini juga tidak gentar untuk memberikan kombinasi tendangan dan pukulan terhadap lawannya, seperti yang dilakukan terhadap Yang Fei pada November 2017 yang turut menghadiahkannya dengan kemenangan sebulat suara.

Keduanya, dia mempunyai kebolehan untuk menunggu peluang bagi melakukan aksi pembukaan dan balas di setiap perlawanan.

Ini merupakan antara kelebihan yang dimilikinya sejak kemunculan sulungnya di pentas ONE Championship.

Bagaimanapun, sama ada dia mampu untuk menampilkan kehebatannya ketika menentang Sunoto, ia hanya bakal diketahui pada perlawanan itu nanti. Dia pastinya tidak sabar untuk meninggalkan Manila dengan kemenangan ketiga dalam kariernya.

“Kemenangan berdasarkan keputusan juri bukanlah sesuatu yang hebat, namun, saya masih bersyukur kerana ia membuktikan bahawa saya mempunyai tenaga untuk menyelesaikan perlawanan sebanyak tiga pusingan.

“Setiap kali saya memasuki gelanggang, saya hanya mahu menang,  itu saja,” kata atlet bantamweight ini.

Tambah Aiman lagi, ketekunan membolehkan dia untuk melakukan sesuatu aspek dalam permainan yang jarang dilakukan.

“Ia memberikan saya peluang untuk beraksi dan mempamerkan kepelbagaian skil yang dimiliki pada setiap pusingan.

“Tidak semestinya kita akan dapat melakukan penyerahan atau pukulan knockout, tetapi, kesabaran memberikan anda kesempatan untuk melihat peluang itu datang.”

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19