suria

Ronaldo cabar Messi jadi macam dirinya, jangan bermain untuk Liga Sepanyol sahaja!

Ronaldo mahu Messi datang ke Itali satu hari nanti. - Reuters

CRISTIANO RONALDO menggesa pesaingnya Lionel Messi untuk menjadi lebih seperti dirinya dan melangkaui keupayaan dengan mencabar pemain itu untuk bermain dalam liga selain Sepanyol.

"Saya mahu dia datang ke Itali satu hari nanti, saya harap dia menerima cabaran seperti saya, tetapi jika dia gembira di sana, saya menghormati keputusan itu," kata Ronaldo kepada akhbar Itali pada Isnin.

Kedua-dua penyerang tersebut telah bersaing sama sendiri selama sedekad lalu dan masing-masing memenangi trofi Ballon d'Or sebanyak lima kali sebelum dominasi mereka dipecahkan oleh Luka Modric pada minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada dia merindukan pemain Argentina berusia 31 tahun yang telah menghabiskan seluruh kariernya di Barcelona, ​​Ronaldo menjawab: "Tidak, mungkin dia yang merindukan saya..."

Seperti Ronaldo, Messi juga pernah menyandang lima kali gelaran Ballon d'Or. - AFP

"Saya bermain di England, Sepanyol, Itali, Portugal dan untuk pasukan kebangsaan saya, sementara dia masih di Sepanyol.

"Mungkin dia lebih memerlukan saya. Bagi saya, hidup adalah satu cabaran, saya sukakannya dan saya suka membuat orang gembira.

"Dia seorang pemain yang hebat dan seorang lelaki yang baik, tetapi saya tidak terlepas apa-apa di sini. Ini adalah kehidupan baharu saya dan saya gembira.

"Saya meninggalkan zon selesa dan mengambil cabaran ini di Turin, semuanya baik-baik sahaja, saya telah membuktikan saya masih pemain yang luar biasa," kata Ronaldo. - France 24

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi

Artikel Lain