Tewas kepada Vietnam di peringkat kumpulan tidak goyahkan skuad Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Kapten skuad kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak meluahkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu mengekang Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 pada Selasa, sekalipun pasukan negara tewas di Hanoi pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Beliau memberi contoh kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos selepas menundukkan Vietnam 1-0 walaupun sebelum itu tewas 1-3 pada aksi peringkat kumpula.

“Pentas final adalah satu perlawanan berbeza, suasananya sangat berbeza jika dibandingkan dalam saingan peringkat kumpulan.

“Pengalaman ini saya telah lalui  sewaktu di Sukan SEA Laos. Kita tewas 1-3 di peringkat kumpulan tetapi menang bila jumpa mereka di final. Apa yang berlaku di peringkat kumpulan kita sudah belajar dan perbaiki...untuk final kali ini ia pasti lebih berbeza,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini, Isnin.

Pada aksi ketiga saingan Kumpulan A di Stadium Nasional My Dinh, Harimau Malaya tewas 0-2 di tangan skuad The Golden Dragons sekalipun anak buah Tan Cheng Hoe itu mendominasi permainan.

Pada masa sama Zaquan yang telah meledak tiga gol sepanjang kempen ini berkata pasukan negara melakukan persediaan lebih rapi bagi menghadapi pertemuan berlangsung Selasa untuk memastikan Malaysia mampu membolosi gawang Vietnam yang gagal ditembusi sebelum ini.

“Untuk final satu persediaan yang berlainan dilakukan pasukan kerana ini adalah saat yang ditunggu-tunggu setiap pemain… bukan sahaja senior seperti saya tetapi juga pemain yang lebih muda.

“Saya berharap keserasian dan keharmonian dalam pasukan ketika ini akan diteruskan ke dalam padang dan berharap ia memberi kejayaan kepada pasukan esok (Selasa),” katanya.

Selepas aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, Malaysia akan berdepan Vietnam sekali lagi di Hanoi untuk aksi final kedua yang dijadualkan Sabtu ini. - Bernama


Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain