suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penantian Kafa sudah terjawab, Yusri Che Lah pilih KLFA

PETALING JAYA: Yusri Che Lah secara rasminya dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur musim depan.

Pelantikan tersebut sekali gus menjawab penantian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang sebelum ini menunggu kata putus bekas pemain kebangsaan lewat 90-an itu.


Sebelum ini Yusri, 44, bertugas sebagai penolong jurulatih The Red Warriors (TRW) dan ditawarkan sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi musim depan.

Isnin lalu Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan memberitahu pihaknya menunggu jawapan Yusri selepas beliau kembali menunaikan umrah.

"Sebelum ini, dia meminta kenaikan gaji dan memaklumkan ada terima tawaran tinggi daripada pasukan ibu kota... mungkin perkara itu antara sebab beliau tidak tandatangani tawaran kami.

"Keputusan bagi mengisi jawatan ketua jurulatih perlu dilakukan bersama pihak pengurusan... ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru," katanya.

Pengesahan Yusri akan melatih The City Boys diumumkan di laman Twitter rasmi @kualalumpurFA pada Rabu.

Yusri Che Lah, KLFA

Artikel Lain