suria

Sudah hidu kekalahan, Neymar duduk di rumah enggan hadiri anugerah

Selain Neymar, Messi dan Ronaldo juga tidak hadir ke acara itu. FOTO: Red Bull

BIARPUN Anugerah Ballon d'Or berlangsung tidak jauh dari kediamannya di Paris, Neymar tetap dengan pendiriannya untuk tidak hadir ke acara itu.

Bagaikan sudah menghidu keputusan berkenaan, Neymar memilih untuk berada di rumah sahaja sewaktu acara berkenaan diadakan.

Sebaliknya, Neymar memuat naik perkongsian di Twitter dan memberitahu dia sedang bermain permainan video, Call of Duty.

Begitu juga dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dua bintang yang masing-masing mengumpul lima Ballon d'Or turut tidak hadir.

Perkongsian Neymar di Twitter.

Ia berikutan mereka sendiri sedar dengan prestasi permainan pada tahun ini yang tidak melayakkan mereka untuk sekali lagi mengungguli anugerah berkenaan.

Menerusi acara pada Selasa, Luka Modric meneruskan rekod cemerlang pada tahun ini apabila dia meraih anugerah berkenaan.

Kemenangan pemain Croatia itu sekaligus menamatkan dominasi Ballon d'Or yang sebelum ini dikuasai Messi dan Ronaldo, sejak 2007.

Sementara itu Ronaldo yang menerima 476 undi berada ditempat kedua, diikuti Antoine Griezmann, Kylian Mbappe serta bintang Barcelona Messi ditangga kelima.

Selain itu, pemain Perancis, Mbappe meraih trofi Kopa selaku Pemain Terbaik bawah 21 Tahun.

Manakala pemain wanita Lyon dan Norway, Ada Hegerberg dipilih merangkul anugerah Ballon d'Or buat kali pertama. - Kotaku.

Neymar, Ballon d'Or

Artikel Lain