suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prestasi hambar, Mo Salah dikritik menerusi siaran langsung program tv

Salah dikritik Burley baru-baru ini. FOTO: tellerreport.com

BIARPUN sudah mencatatkan sembilan jaringan menerusi 20 penampilan musim ini, prestasi Mo Salah tidaklah begitu membanggakan.

Begitulah pendapat bekas pemain Chelsea dan Scotland, Craig Burley.

Menurut Burley, Salah dan pasukannya tidak berada pada tahap terbaik biarpun mereka direkodkan berada pada tangga kedua Liga Juara-Juara.

"Liverpool biasa-biasa sahaja, mereka tidak menampilkan prestasi yang begitu hebat.

Burley (kiri) mengkritik Salah menerusi siaran langsung ESPN.

"Pada saya, Mo Salah sangat mengecewakan. Dia tidak bermain betul-betul tapi sekadar nak menunjuk teknik dan kemahirannya sahaja," ujar Burley.

Menurut Burley lagi, dia berharap Salah dapat kembali kepada dirinya yang dahulu dan bermain dengan sebaiknya.

"Saya harap dia dapat kembali bermain seperti biasa," luah Burley.

Dia berkata demikian sewaktu berada dalam rancangan di ESPN yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen. - Express.co.UK.

Mo Salah, Craig Burley, Liverpool, ESPN

Artikel Lain