suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp didenda langgar peraturan, akui tidak menyesal dan enggan ulangi kesalahan

JURGEN Klopp mengakui tidak menyesal dengan tindakannya berlari ke padang meraikan kemenangan ketika bertemu Everton minggu lalu.

Gara-gara sikap terujanya itu, pengurus Liverpool ini didenda 8 ribu pound oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Namun Klopp berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

"Tidak. Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku.

"Bukan anda yang mengubah (undang-undang) dan saya menjelaskan bagaimana ianya dilaksanakan.

"Saya langgar peraturan, saya terima akibatnya. Saya rasa tidak mempunyai sebarang masalah, ia adalah normal.

"Denda itu dikenakan supaya ia tidak berulang lagi. Sekarang saya tahu dan tidak akan buat lagi. Selepas 14 tahun (kali pertama didenda di Mainz 2004) dan ini adalah yang terakhir.

"Ia tidak boleh berlaku lagi - 14 tahun akan datang," ujarnya.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain