suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang dianggap virus, Pogba jawab kritikan Mourinho

Pogba menjawab semula kritikan Mourinho ke atas dirinya. FOTO: Goal.com

BERANG kerana dianggap sebagai virus kepada pasukannya, Paul Pogba tampil mempertahankan diri.

Menerusi satu pendedahan, Pogba dikatakan menjawab semula kritikan yang dilemparkan ke atasnya oleh pengendali Manchester United (MU), Jose Mourinho.

Menurut Pogba, corak permainannya menjadi teruk disebabkan perancangan yang dilakukan oleh Mourinho.

Tambahnya lagi, taktik yang digunakan Mourinho menyebabkan dia tidak dapat bekerjasama dengan pemain-pemain lain dalam pasukan itu.

Baru-baru ini, Mourinho mengkritik Pogba selepas pasukan itu sekadar meraih keputusan seri 2-2 sewaktu bertemu Southampton.

Ujar pengendali MU itu, prestasi hambar Pogba memberi kesan kepada pasukan itu sehingga membawa kegagalan buat mereka.

Akibat berang, Mourinho dikatakan memalukan bintang muda itu dengan menggelarkannya sebagai virus di hadapan rakan sepasukannya.

"Mourinho kata Pogba seperti virus selsema dalam bilik yang menjangkiti orang lain.

"Malah, dia kata Pogba tidak bermain dengan baik dan tidak menghormati pemain lain serta penyokong pasukan itu," dedah satu sumber.

Sebelum ini, Mourinho pernah memalukan Pogba dihadapan pemain lain sekitar September lalu gara-gara prestasi hambarnya di padang.

Ia bukanlah satu rahsia bahawa Mourinho sering berang dengan Pogba, ditambah pula dengan sikap pemain itu yang dikatakan tidak bermain sepenuh hati untuk pasukan mereka.-Soccerladuma

Artikel Lain