suria

Arsenal ikat penjaga gol No.1 Leverkusen

Bernd Leno.

ARSENAL berjaya memuktamadkan perpindahan penjaga gol kelahiran Jerman, Bernd Leno dengan bidaan sebanyak 20 juta pound sterling.

Leno, 26, bersetuju menandatangani kontrak lima tahun bersama Arsenal pada Isnin.

Beliau berhijrah ke Emirates dari Bayer Leverkusen.

Selepas menyertai Leverkusen dari VfB Stuttgart II pada 2010, Leno melakukan 300 penampilan untuk kelab gergasi Bundesliga itu termasuk diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara.

Prestasi cemerlang Leno membolehkan dia dipanggil memperkuat Jerman pada aksi Piala Dunia 2015.

Bagaimanapun dia tidak disenaraikan dalam skuad Jerman pada temasya empat tahun sekali itu yang sedang berlangsung di Rusia.

"Kami amat berbangga Bernd Leno akan menyertai kami. Bernd adalah seorang penjaga gol berkualiti tinggi dan berpengalaman.

"Dia menjadi penjaga gol No 1 dan sering diturunkan semasa bersama Leverkusen sejak tujuh tahun lalu.

"Kami amat teruja Bernd memlih Arsenal dan tidak sabar untuk berkerjasama dengannya pada pra musim yang akan datang," kata Pengurus Arsenal, Unai Emery.

Leno dijangka menjadi penjaga gol No 1 Arsenal pada musim depan, mengambil alih jawatan tersebut dari Petr Cech.

Bernd Leno, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain