suria

Apa Nama Rahsia Rooney Dalam Fifa 18?

-fotoGrafikTheSun

SELAIN bermain bola sepak di padang, Wayne Rooney dilaporkan turut bertarung dengan peminat dalam permainan komputer menggunakan nama rahsia.

Disebabkan dia amat meminati drama TV fantasi 'Game of Thrones' dia telah memilih nama Jon Snow yang menjadi inspirasinya untuk digunakan sebagai profil dalam talian.

-fotoAFP

Sumber memberitahu The Sun: "Wayne suka bermain Fifa melawan kawan-kawannya seperti rakan sepasukannya dulu Wes Brown, tetapi kadang-kadang dia juga suka bersaing dengan orang asing secara rawak.

"Dia menyembunyikan siapa dirinya dengan menggunakan nama palsu dan memilih Jon Snow kerana dia memeinati 'Game of Thrones'."

Pelakon yang memegang watak Jon Snow, Kit Harington juga meminati Rooney dan bekas kelabnya, Manchester United.

Bintang berusia 30 tahun itu menggesa peminat Everton menerima pemain itu 'dengan tangan terbuka' selepas dia kembali menyertai kelab lamanya dari United pada Julai.

Gesaan itu dibuat selepas gadis parti Rooney Laura Simpson menyiarkan posting kontroversi di media sosial.

Wayne Rooney, Jon Snow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain