suria

Penyokong Everton Serang Pemain Lyon Akhirnya Bersuara

SEORANG peminat Everton yang memukul seorang pemain pasukan lawan sambil mendukung anaknya yang masih kecil akhirnya bersuara mengenai kejadian tersebut.

Tindakan penyokong itu sempat dirakamkan apabila dia bersama sekumpulan peminat yang lain terlibat dalam pergaduhan dengan pemain Lyon semasa perlawanan Liga Europa, Khamis.

Dia menyerang penjaga gawang Lyon Anthony Lopes, satu tindakan yang amat dikesalinya dan perkara itu turut dinyatakan kepada polis Merseyside.

Penyokong terbabit yang bercakap kepada Sunday People tanpa mahu dinamakan berkata: "Saya malu dengan apa yang saya lakukan. Saya menyedarinya. Saya memang menyesal."

Everton telah melarang akses seumur hidup untuknya selepas serangan itu dan dia kini mengakui bimbang akan kehilangan akses kepada anaknya kerana tindakannya.

Walau bagaimanapun, dia juga menyalahkan pemain yang memulakan pertempuran, dan juga kelab yang membiarkan pintu keselamatan terbuka.

Dia berkata: "Saya meletakkan diri saya dan anak saya dalam kedudukan yang bahaya dengan menyertai peminat lain.

"Everton sepatutnya menyediakan keselamatan yang mencukupi.

"Saya tahu saya akan meletakkan diri saya dalam kedudukan yang bahaya itu. Ia tidak disengajakan tetapi saya terlalu tertumpu pada jeritan terhadap penyalahgunaan pemain," katanya.

Dia mengesahkan tidak akan merayu kepada Everton, sementara siasatan polis Merseyside sedang dijalankan.-dailymailUK

pemyokong Everton, gaduh

Artikel Sebelum

Musim Manis Buat Kedah!

Artikel Berikut

Artikel Lain