PENGURUS Chelsea, Antonio Conte berkata dia tidak pernah takut menerima nasib yang sama dengan Jose Mourinho walaupun pasukannya ditakdirkan berdepan kekalahan sebanyak tiga kali berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris. 'The Blues' ketinggalan 2-1 kepada Watford dalam perlawanan malam Sabtu sebelum menang 4-2. Selepas kekalahan terhadap Manchester City dan Crystal Palace, Conte dilihat mungkin mempunyai risiko dianggap menjadi punca kepada tiga kekalahan berturut-turut dan bakal dipecat seperti mana nasib Jose Mourinho pada 2015. Tetapi Conte berkata: "Sejujurnya di sini, saya tidak pernah takut dengan pemecatan itu. Saya merasakan banyak tekanan tetapi semua itu saya atasi sendiri. "Saya percaya pada diri saya, kerja saya dan akan melakukan segala-galanya untuk kelab. "Apabila saya pulang pada waktu malam saya tahu saya telah memberikan 150 peratus." -expressUK