suria

United Sedia £30 Juta Untuk Pemain Muda Valencia

Paul Pogba. -fotoREUTERS

MANCHESTER United bersedia untuk memeterai perjanjian bernilai £30 juta bagi mendapatkan pemain tengah Sepanyol sebelum jendela perpindahan musim panas dibuka.

United telah memulakan perbincangan dengan kelab Valencia, untuk menandatangani Carlos Soler dengan pasukan La Liga itu yang dilihat tidak mungkin akan mempertahankan pemainnya akibat masalah kewangan.

United percaya kemampuan mereka melengkapkan perjanjian dengan Romelu Lukaku dan Nemanja Matic pada Julai telah membantu mereka dalam permulaan kempen musim ini, membuatkan mereka berminat untuk melakukan urusan pembelian seterusnya lebih awal.

-fotoAFP

Soler, 20, pertama kali menarik perhatian United apabila menyertai pasukan pertama Valencia musim lalu.

Jose Mourinho melihatnya sebagai pemain yang sempurna untuk digandingkan dengan Paul Pogba dan Matic di bahagian tengah.

Michael Carrick mungkin akan bersara pada akhir musim ini sementara terdapat tanda tanya mengenai masa depan Marouane Fellaini dan Ander Herrera di Old Trafford.

Soler menjaringkan gol untuk Valencia ketika menentang Real Madrid yang berkesudahan 2-2 di Santiago Bernabeu awal musim ini. -metroUK

Jose Mourinho, Carlos Soler

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Musim Manis Buat Kedah!

Artikel Lain