suria

Pogba Tiba Di Man United Jalani Ujian Kesihatan

PAUL Pogba tiba di England untuk perpindahan rekod dunia bernilai £110 juta dari Juventus untuk kembali ke kelab Manchester United.

Pemain tengah Perancis itu dilihat menaiki kereta Chevrolet Camaro ke Kompleks Latihan Aon Manchester United pada tengah hari Isnin bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Perkara itu dibuat sejurus penerbangannya tiba di Lapangan Terbang Manchester dari Nice.

Kehadirannya disertai seorang pegawai keselamatan Manchester United.

Pogba kembali ke Manchester United selepas meninggalkan kelab itu dengan bayaran £800,000 pada 2012, menerusi bayaran perpindahan yang mencatatkan rekod dunia.

Pemain yang baharu berusia 23 tahun itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di kompleks latihan tersebut.

Pada Ahad, Manchester United mengesahkan Juventus memberi kebenaran untuk Pogba menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pasukan itu.

Pemeriksaan kesihatan Pogba dijangka diadakan secara formal, dan Manchester United dijangka mengadakan sesi menandatangani bagi perpindahan pemain itu sama ada pada Selasa atau Rabu. - Mail Online


Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain