suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perpindahan Pogba 'Selesai' Esok

MANCHESTER United akan memuktamadkan proses perpindahan Paul Pogba dalam tempoh 36 jam lagi.

Pemain berusia 23 tahun itu yang dibenarkan meninggalkan Juventus dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar 93.2 juta pound akan sah bergelar pemain United pada Selasa.

Dia kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester.

Pengurus United, Jose Mourinho menyifatkan perpindahan Pogba sebagai sudah dimuktamadkan pada Ahad.

"Bola sepak adalah gila dan pasaran menjadi gila.

"Apa yang anda fikir musim ini adalah gila, anda sedar tiga tahun kemudian ia tidak lagi gila.

"Pemain ini yang bernilai 10 juta pound ... begitu mahal kerana mereka pemain yang bernilai 500,000 pound atau 1 juta pound.

"Apa yang mahal dan tidak mahal dalam bola sepak saya tidak tahu lagi. Saya tahu dia adalah pemain yang hebat," kata Mourinho.

Pada masa sama, Mourinho merasakan Real Madrid tidak kecewa apabila United berjaya memecahkan rekod perpindahan dunia yang pernah dicatatkan pasukan itu ketika mendapatkan Gareth Bale atau Cristiano Ronaldo.

"Saya tidak fikir itu alasan mereka untuk bersedih. Ia adalah sebab untuk mereka berbangga," katanya.





Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain