suria

Olimpik: Djokovic Dikejutkan Aksi Luar Biasa Del Potro

NOVAK Djokovic menyifatkan kekalahan di tangan Juan Martin del Potro pada pusingan pertama acara perseorangan lelaki sebagai 'kekalahan terburuk dalam hidupnya' selepas harapan untuk merangkul pingat emas Olimpik tidak kesampaian.

Djokovic yang tewas kepada Del Potro di London pada 2012 turut gagal mengatasi pemain itu di Rio pada kali ini.

Del Potro menang 7-6 (7/4) 7-6 (7/2) dalam pertembungan selama dua jam 30 minit itu.

Akibat kekalahan itu, Djokovic terpaksa menunggu Sukan Olimpik di Tokyo dalam tempoh empat tahun lagi untuk menebus kekecewaannya.

"Tidak dinafikan ini kekalahan terburuk dalam hidup dan karier saya.

"Ia tidak mudah terutamanya sekarang. Luka masih lagi baharu. Namun anda perlu menanganinya.

"Ia bukan kali pertama atau terakhir saya pernah ditewaskan. Namun Sukan Olimpik, ia amat berbeza," kata pemain kelahiran Serbia itu.

Djokovic pernah tersingkir dalam tiga perlawanan terakhir menentang Del Potro terutamanya pada aksi separuh akhir Wimbledon 2013 yang memakan masa selama empat jam 43 minit.


Novak Djokovic, Sukan Olimpik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain