suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat FAS Sedia Lepas Jawatan

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim dan bendahari kehormat, Datuk S. Sivasundram bersedia melepaskan jawatan dalam badan induk bola sepak negeri itu.

Keputusan itu dibuat dipercayai susulan hasrat Presiden FAS yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu melaksanakan rombakan dan perubahan terhadap persatuan dan pasukan negeri tersebut.

Rosman dan Sivasundram dalam kenyataan bersama pada Isnin berkata, mereka menyokong penuh hasrat itu dan berharap perubahan tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

"Setelah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bola sepak tempatan, isu seperti penjenamaan semula dan penswastaan adalah sesuatu yang mesti dilakukan lebih-lebih lagi sebagai pasukan yang mempunyai sejarah gemilang seperti Selangor.  

"Oleh itu, kami selaku Setiausaha Agung dan Bendahari FAS bersedia mengundurkan diri bagi memastikan kelancaran proses transformasi seperti yang dihasratkan presiden.

"Kami juga bersedia melepaskan jawatan dan sementara itu kami akan mengambil cuti dengan serta-merta bagi tujuan menjayakan proses transformasi ini," tambah mereka dalam kenyataan tersebut. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain