suria

Olimpik: Azizulhasni Buka Cabaran Kepada Pelumba Lain

RIO DE JANEIRO: Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang membuka cabaran kepada pelumba lain agar memberi tentang kepadanya pada Olimpik Rio.

Yakin untuk menaiki podium pada penyertaan olimpik buat kali ketiga di Brazil, pelumba keirin ini berkata beliau sudah bersedia dan teruja dengan cabaran yang bakal dihadapi dan mengidam untuk dikalungkan dengan sekurang-kurangnya pingat gangsa seperti yang diperoleh di kejohanan dunia di London pada Mac.

"Tiada kegugupan apabila saya tiba di perkampungan sukan di sini oada Ahad.

Saya telah matang sejak lapan tahun lepas dan menunggu-nunggu cabaran di sini," katanya kepada media Malaysia di perkampungan sukan di sini pada Ahad.

Pelumba sprint wanita, Fatehah Mustapa dan jurulatih kebangsaan John Beasley turut bercakap kepada wartawan setiba mereka semalam susuan latihan lima minggu di Portugal.

Azizulhasni, 28, yang turut digelar 'Pocket Rocketman' berkata persediaan beliau kali ini lebih baik berbanding edisi di Beijing pada 2008 dan di London pada 2012.

"Kini saya di peringkat berbeza ...saya lebih berhati-hati dan tidak gentar dengan nama besar seperti pelumba favourite Joachim Eilers daripada Jerman dan  Ed Dawkins daripada New Zealand," katanya.

Malah beliau berkata semua pelumba beliau kenali dan mereka pernah bersaing antara satu sama lain pada kejohanan seperti piala dunia serta kejohanan dunia.

"Merekalah yang harus takutkan saya kerana mereka tidak tahu apa yang akan dijangka dari saya. Walaupun saya bersaiz kecil, mereka tahu saya boleh membuat kejutan," katanya yang setinggi 166 sentimeter dan seberat 69 kilogram.

Mengenai velodrom kejohanan, beliau yaang mencubanya hari ini berkata beliau sukakan treknya yang reka bentuknya sama seperti yang beliau berlatih di Melbourne, Australia.

"Reka bentuk velodrom di sini dan di tempat saya berlatih di Melbourne adalah sama dan banyak persamaan. Laluan ke garisan akhir adalah panjang  dan saya sukakannya kerana saya boleh menambah kelajuan saya," katanya.

Azizulhasni akan menyertai acara keirin pada 16 Ogos sementara Fatehah akan menyertai acara sprint dua hari sebelum itu.

Azizulhasni berada di tempat ke-10 pada Olimpik Beijing dan memperbaiki kedudukan di tempat keenam di Olimpik London empat tahun kemudian.

Sementara Fatehah berkata walaupun acara 200 meter bukan kegemarannya tetapi beliau bekerja keras dalam latihan sejak layak ke Rio.

"Saya akan lakukan yang terbaik dan menyasar catatan masa bawah 11 saat," katanya yang pakar dalam acara keirin.

Olimpik

Artikel Berikut

Artikel Lain