suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peaty Bantu Great Britain Menang Pingat Pertama Olimpik

Adam Peaty.

ADAM Peaty memecah rekod dunia bagi acara kuak dada 100 meter sekali lagi untuk meraih pingat emas dengan bergaya pada Sukan Olimpik, Rio.

Kemenangan itu membolehkan Great Britain merangkul pingat pertama pada kejohanan tersebut.

Atlet berusia 21 tahun itu memecah rekod dunia yang pernah diciptanya sebelum ini dengan menamatkan renangan pada catatan masa 57.13 saat.

Peaty menjadi atlet lelaki pertama Britain memenangi pingat bagi acara renang individu selepas Adrian Moorhouse melakukannya dalam acara sama di Seoul pada 1988.

"Ia diluar dugaan kerana dapat merangkul pingat pertama untuk pasukan Great Britain. Saya hadir pada malam ini dan tidak sangka memenangi pingat emas dengan mudah," katanya.

Sementara itu, juara Olimpik London 2012, Cameron van der Burgh dari Afrika Selatan meraih pingat perak.

Manakala atlet Amerika Syarikat, Cody Miller sekadar memenangi pingat gangsa.


Artikel Sebelum

Artikel Lain