suria

Olimpik: Venus Dan Serena Tersingkir Awal

Serena dan Venus Williams tewas pada pusingan pertama Olimpik, Rio.

PASANGAN adik-beradik Serena dan Venus William yang juga juara tiga kali Sukan Olimpik bagi acara beregu tersingkir pada pusingan pertama di Rio.

Ia merupakan kekalahan terbesar dalam sukan tenis wanita setakat ini.

Adik-beradik itu yang merupakan pilihan utama pada kejohanan tersebut tewas 6-3, 6-4 kepada pasangan dari Republik Czech, Barbora Strycova dan Lucie Safarova.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan impian mereka untuk mengulangi kejayaan sama seperti yang pernah dilakar semasa di Beijing, lapan tahun lalu dan London pada 2012.

"Kami ada peluang untuk bersaing demi negara, kami sudah melakukan yang terbaik.

"Kami sudah mempunyai banyak pingat emas bagi acara beregu, terlalu banyak kejuaraan grand slam. Ia sukar dipercayai," kata Serena.

Serena dan Venus memenangi pingat emas pertama mereka di Sydney tetapi kecederaan lutut menghalang Serena untuk beraksi di Athens pada 2004.

Mereka juga pernah memenangi 14 kejuaraan Grand Slam bagi acara beregu wanita.

Kedua-duanya turut memenangi pingat emas Olimpik bagi acara perseorangan wanita dengan Venus muncul juara di Sydney manakala Serena dinobat juara semasa di London.

Terdahulu pada Ahad, Serena menumpaskan pemain Australia, Daria Gavrilova 6-3, 6-2 pada pusingan pertama acara perseorangan, sehari selepas Venus menundukkan Kirsten Flipkens dari Belgium.

Serena, Venus, tenis, Sukan Olimpik

Artikel Lain