suria

Mourinho Sahkan 'Muktamad' Perpindahan Pogba

Paul Pogba.

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho mengesahkan Paul Pogba akan kembali ke Old Trafford dari Juventus.

"Adakah perpindahan sudah dimuktamadkan? Saya fikir begitu, akhirnya.

"Sungguh menakjubkan apabila memperoleh pemain hebat sepertinya di dalam pasukan. Akhirnya kami berjaya mendapatkan semula Pogba.

"Dia datang dari pasukan yang hebat, pasukan yang menang dua perlawanan terdahulu. Dia perlu berusaha keras untuk datang ke sini," kata Mourinho dalam sidang media selepas menewaskan Leicester City pada perlawanan Perisai Komuniti.

Terdahulu, United mengesahkan Pogba akan menjalani pemeriksaan kesihatan selepas Juventus memberi lampu hijau kepadanya untuk kembali bersama Red Devils.

Dalam satu kenyataan berserta gambar yang dimuatnaik dengan hastag #POGBACK, United mengesahkan pemain itu akan menyarung semula jersi pasukan tersebut.

Pemain tengah itu semakin hampir untuk menyertai semula Red Devils dengan rekod perpindahan dunia dan terbang ke England pada hujung minggu.

Sementara itu, The Guardian melaporkan perjanjian berhubung perpindahan Pogba sudah dipersetujui.

"Kertas kerja sudah dimuktamadkan semua pihak dengan Pogba menandatangani kontrak selama lima tahun," demikian menurut laporan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain