suria

David Moyes Bakal Bimbing Swansea

SWANSEA dilapor mengadakan perbincangan terbuka dengan David Moyes mengenai jawatan ketua jurulatih kelab itu yang kini disandang oleh Garry Monk.

Monk tidak lagi mendapat kepercayaan kelab selepas Swansea tewas kepada Leicester dan berikutan itu Moyes antara nama yang menjadi pilihan.

Pengerusi Swansea, Huw Jenkins dikatakan telah mengadakan perbincangan lanjut dengan ejen Moyes.

Moyes yang merupakan bekas jurulatih Manchester United dan Everton itu mempunyai rekod baik di Liga Perdana Inggeris walaupun gagal menyambung legasi Alex Ferguson.

Moyes pada bulan lalu telah dipecat sebagai jurulatih Real Sociedad.

Swansea, David Moyes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jose Mourinho Akan Dipecat

Artikel Lain