suria

Borussia Dortmund Bertafakur Seketika Untuk Tunku Abdul Jalil

PETALING JAYA: Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund bertafakur seketika sebelum menentang VfL Wolfsburg bagi mengenang kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

"Pasukan Borussia Dortmund ingin mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas kemangkatan adinda tersayang dan untuk semua sahabat kami di Malaysia," tulis pasukan itu di laman Facebook rasmi pada Ahad.

Skuad bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan Borussia Dortmund menjalin kerjasama dalam membangun dan melatih bakat-bakat baharu bagi golongan kanak-kanak dan belia di Malaysia.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, anak keempat daripada enam beradik, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Baru akibat kanser hati.

Tunku Abdul Jalil akhirnya selamat dimakamkan pada pukul 3.20 petang Ahad, disaksikan seluruh kerabat diraja Johor dan sekalian rakyat yang menyayangi Almarhum.

Artikel Sebelum

Jose Mourinho Akan Dipecat

Artikel Berikut

Artikel Lain