suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Akan Dipecat

BARISAN pemimpin tertinggi Chelsea dilapor akan menjadikan pertemuan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Porto, Rabu ini sebagai perhitungan mengenai kedudukan jurulatih kelab itu, Jose Mourinho.

Pemilik kelab dan barisan ahli lembaga pengarah dilapor tidak dapat menahan malu apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu dikalahkan untuk kali kelapan oleh kelab kerdil iaitu Bournemouth.

Jika Chelsea tewas dalam perlawanan menentang Porto, ia bererti pasukan itu tidak layak untuk melangkah ke saingan kalah mati yang akan bermula Februari depan.

Akibat tewas kepada pendatang baru EPL pada Ahad, Chelsea kini hanya berkelebihan dua mata daripada menghuni kedudukan bahaya yang boleh membawa pasukan itu terkeluar daripada liga utama.

Chelsea bakal berdepan ujian pada Isnin depan apabila berhadapan pendahulu EPL, Leicester yang dibimbing Claudio Ranieri yang merupakan jurulatih Chelsea pertama dipecat Roman Abramovich.



Jose Mourinho, Chelsea

Artikel Sebelum

David Moyes Bakal Bimbing Swansea

Artikel Lain