suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Smalling Terima Rawatan Pakar Psikologi

PERTAHANAN tengah Manchester United, Chris Smalling dilapor telah menemui pakar psikologi sukan dalam usaha menambah baik mutu permainan.

Pemain berusia 26 tahun itu pernah dianggap tidak berkemampuan dan hampir disingkirkan, namun dia berjaya bangkit membuktikan kelebihan dirinya.

Berikutan itu, Smalling kini merupakan pemain penting United dan menjadi watak utama dalam barisan pertahanan England.

"Saya ada pertemuan dengan pakar psikologi sebanyak dua kali sebulan, beberapa jam dalam setiap kali pertemuan itu.

"Ada rakan telah mencadangkan perkara ini kepada saya. Pertama kali bertemu pakar psikologi saya rasa agak janggal, tapi sekarang tidak lagi.

Smalling kini dilapor berjaya mengawal kubu United walaupun penyokong kelihatan hampa dengan ketajaman penyudah dan taktikal yang digunakan Louis van Gaal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

David Moyes Bakal Bimbing Swansea

Artikel Lain