suria

Penyokong West Ham Ditikam Sebelum Aksi Tewas 4-1 Kepada Spurs

Keadaan di luar stadium sebelum perlawanan.
SEORANG penyokong West Ham  dimasukkan ke hospital gara-gara ditikam sebelum aksi tewas 1-4 kepada Tottenham Hotspur di White Hart Lane dalam aksi Liga Perdana Inggeris,awal pagi Isnin.


Polis Metropolitan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun ditikam ketika aksi sepak mula perlawanan.

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, namun menurut laporan, pihak polis telah menjumpai sebilah pisau yang disyaki digunakan untuk menikam lelaki tersebut berdekatan dengan tempat kejadian, Tottenham High Road, hanya beberapa ratus meter dari stadium.

Kedua-dua kelab mengambil langkah berjaga-jaga dan bekerjasama untuk mengenal pasti penyerang.

Kejadian tersebut merupakan insiden terbaharu selepas 2012 melibatkan kedua-kedua pasukan. Pada kejadian tersebut beberapa orang penyokong West Ham mengejek mengenai Adolf Hitler di White Lane malah turut membuat bunyi seperti ‘gas dilepaskan’ kerana Tottenham dikaitkan dengan golongan Yahudi.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menghalang tuan rumah mencatat kemenangan dengan dua jaringan oleh Harry Kane (23,50), Toby Alderweireld 33’ dan Kyle Walker minit ke-83 sekaligus mengekal rekod 12 perlawanan tanpa kalah.

Manakala gol saguhati West Ham melalui Manuel Lanzini tiga minit sebelum masa permainan penuh tamat.

Artikel Berikut

Artikel Lain