suria

Jelajah ATP Dunia Akhir: Djokovic Rangkul Juara Kali Keempat Berturut-Turut

NOVAK Djokovic mencatat rekod empat kali berturut-turut merangkul gelaran juara Jelajah ATP Dunia Akhir selepas menundukkan Roger Federer 6-3 6-4 di O2 Arena, London awal pagi Isnin.


Pemain kelahiran Serbia terus mengukuhkan kedudukan No.1 dunia menjulang trofi terakhir musim ini dengan penuh kepuasan selepas turut mencatat tiga gelaran Grand Slam serta enam trofi Master Series sebelum ini.

“Saya menikmati setiap saat ketika berada di gelanggang. Terima kasih kepada semua yang membantu saya menjadikan tahun ini sangat istimewa.

“Selepas ini saya akan bercuti selama dua minggu bersama isteri dan anak, berehat seketika daripada tenis. Tahniah Roger.

“Ini adalah salah satu daripada perlawanan epik dan saya harap kamu gembira bersama keluarga nanti,” ujar Djokovic.

Kejayaaan ini merupakan trofi kejuaraan kelima Djokovic keseluruhannya, malah pemain yang dikenali dengan gelaran 'The Serbinator' ini menutup aksinya musim ini dengan rekod cemerlang dengan 86-2.

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A

Artikel Lain