suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan Komanwel: Azizulhasni Gagal Mara Separuh Akhir Acara Pecut Individu

JAGUH trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat separuh akhir acara pecut individu.

Dalam saingan suku akhir di Velodrom Sir Chris Hoy di sini, pelumba berusia 26 tahun yang perlu memenangi sekurang-kurangnya dua perlumbaan ketika bersaing dengan pelumba New Zealand, Sam Webster, bagaimanapun hanya mampu memenangi satu sahaja perlumbaan.

Mohd Azizulhasni agak ketinggalan dalam saingan pertama kepada Webster dan seterusnya bangkit untuk memenangi pusingan kedua.

Bagaimanapun, Webster berjaya melakukan henjutan bertenaga ke garisan penamat untuk mengatasinya pada saingan ketiga.

Artikel Lain