suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan Komanwel: Malaysia Raih Kemenangan Ke-3 Acara Ping-Pong

MALAYSIA berjaya meraih kemenangan ketiga dalam acara berpasukan wanita selepas menewaskan Jamaica 3-0 di Kampus Sukan Scotstoun.

Mata pertama Malaysia diperolehi menerusi Ho Ying yang menewaskan Shenique Clare 14-12, 11-7 dan 11-5, diikuti Lee Rou You, yang mengalahkan Yvonne Foster, dengan 6-11, 11-6, 11-6 dan 11-7.

Mereka meraih mata kemenangan menerusi gandingan pemain berpengalaman, Beh Lee Wei dan Rou You yang mengalahkan gandingan Shenique Clare dan Dadrian Lewis 11-4, 11-5 dan 11-7.

Kejayaan itu membolehkan mereka mengungguli Kumpulan 6 dan membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya esok.

Terdahulu, skuad wanita negara yang dibarisi oleh oleh Ng Sock Khim, Ho Ying, Rou You dan Beh Lee Wei menewaskan Papua New Guinea 3-0 dan Kanada dengan 3-2.
Sukan Komanwel, Ho Ying

Artikel Lain