suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Baharu T-Team Dijangka Diisi 1 Ogos Ini

Mohd Azraai Khor Abdullah
KUALA TERENGGANU: T-Team dijangka mengisi kekosongan jawatan jurulatihnya menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah yang meletak jawatan semalam pada 1 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata pasukan itu mempunyai banyak pilihan termasuk bekas jurulatih T-Team Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor.

"Selain Che Ku Marzuki, kita ada lagi jurulatih lain termasuk jurulatih dari luar negara," katanya kepada Bernama selepas majlis berbuka puasa T-Team bersama Warga Tua Bukit Payong, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata kesemua jurulatih yang dipertimbangkan oleh T-Team itu merupakan jurulatih terbaik dan mempunyai lesen A dalam bidang kejurulatihan.

Katanya buat sementara ini, jawatan jurulatih T-Team dipangku oleh jurulatih Piala Presiden Terengganu Zahari Salim dan Roslan Johar yang merupakan bekas pemain Terengganu.

Menurut Abdul Rashid semangat pemain dan prestasi T-Team untuk menghadapi kempen Piala Malaysia yang bermula 13 Ogos ini, tidak akan tergugat sekalipun kehilangan jurulatih.

Malah katanya pemain-pemain menunjukkan komitmen yang begitu tinggi terhadap pasukan dan beliau yakin pasukan T-Team akan melepasi pusingan awal piala berprestij itu.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Mohd Azraai, beliau berkata pihaknya menerima surat peletakan jawatan itu petang semalam.

Artikel Lain