suria

Bolasepak: Pasukan Kelantan Berwajah Baharu Harungi Saingan 2014

Forkey Doe menyarung jersi Kelantan bagi mengharungi musim 2014.
Forkey Doe menyarung jersi Kelantan bagi mengharungi musim 2014.
Forkey Doe menyarung jersi Kelantan bagi mengharungi musim 2014.

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Kelantan mengumumkan secara rasmi senarai pemain yang akan menyarung jersi pasukan itu bagi membawa cabaran pada saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2014.

Mendahului senarai pemain baru TRW 2014 adalah tiga tonggak import terdiri daripada pemenang Kasut Emas Liga Super 2012, Francis Forkey Doe, penyerang Lubnan yang membantu Kelantan menjulang treble pada 2012, Mohamed Ghaddar dan bekas pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky.

Juara Piala FA 2013 ini turut membawa masuk pemain kelahiran Australia, Brendan Gan yang memiliki kerakyatan Malaysia untuk didaftarkan atas kapasiti pemain tempatan.

Selain itu, TRW turut menyenaraikan tiga pemain yang pernah beraksi sepasukan di Harimau Muda 2010, iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Nazri Ahmad dan Ahmad Shakir Ali untuk memperkasakan pasukan.

Melengkapkan senarai adalah bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Amar Rohidan, Famirul Ashraf Sayuti dan Tengku Hasbullah Raja Hassan yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak tanah air.

Forkey Doe pada musim ini mewakili Selangor dan menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan untuk Gergasi Merah Kuning, manakala Ghaddar yang menjaringkan keseluruhan 21 gol bersama Kelantan pada 2012 membuat penampilan semula selepas berhijrah ke Felda pada awal musim.

Shawky merupakan antara tonggak pasukan kebangsaan Mesir beberapa tahun lalu dan pernah meraih pingat gangsa Piala Dunia Kelab bersama Al-Ahly sementara Brendan pula pernah mewakili Sabah pada 2012.

Kesemua pemain baru Kelantan ini diperkenalkan kepada media oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara, pada Selasa. Annuar berkata bukan mudah untuk kita memuktamadkan senarai pemain-pemain ini.

"Ini adalah musim paling sukar untuk kita mencari pemain dan selepas berusaha keras, kita berjaya membentuk satu pasukan yang berjiwa TRW, bersemangat TRW.

"Begitupun kita masih ada kekosongan, dan akan terus mencari pemain untuk dibawa masuk sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 17 Disember nanti.

“Dalam kita mencari pemain berkualiti untuk menggalas cabaran, kita tidak lupakan pembangunan bakat muda dan saya percaya Steve Darby akan memanfaatkan setiap peluang yang ada bukan sahaja untuk terus mengekalkan reputasi TRW sebagai pasukan elit, tetapi juga menjadikan TRW sebagai ‘kilang’ melahirkan pemain berkualiti," katanya kepada media.

Selain kemasukan pemain baru, Kelantan turut mengekalkan beberapa pemain tonggak pasukan termasuk kapten berpengaruh, Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim, Fakri Saarani dan tonggak import, Obinna Nwaneri sementara Faizol Nazlin dan Faiz Suhaimi diserap dari skuad Piala Presiden.

Kelantan yang menduduki tangga keempat liga dan menjuarai Piala FA pada Jun lalu menutup saingan musim 2013 dengan kekalahan 0-1 kepada Pahang pada aksi akhir Piala Malaysia 3 November lalu.

BARISAN PEMAIN KELANTAN 2014

1.KHAIRUL FAHMI CHE MAT

2.MOHD SYAZWAN YUSSOF

3.SHAHRIZAN ISMAIL

4.OBINNA NWANERI

5.NIK SHAHRUL AZIM ABDUL HALIM

6.ZAIRUL FITREE ISHAK

7.FARISHAM ISMAIL

8.KHAIRUL IZUAN ROSLI

9.TUAN MOHD FAIM TUAN ZAINAL ABIDIN

10.BADHRI RADZI

11.FAKRI SAARANI

12.AZIZ ISMAIL

13.FAIZOL NAZLIN 14.FAIZ SUHAIMI

15.WAN ZAHARULNIZAM WAN ZAKARIA

16.TG. HASBULLAH RAJA HASSAN

17.AHMAD SHAKIR ALI

18.NAZRI AHMAD

19.BRENDAN GAN

20.MOHAMED SHAWKY

21.FRANCIS FORKEY DOE

22.MOHAMED GHADDAR

23.AMAR ROHIDAN

24.FAMIRUL ASHRAF SAYUTI

Kelantan, Liga Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain